Thursday, 9 August 2018

MEMILIH POLISI INSURANS YANG SESUAI


Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.


     Apa polisi paling sesuai untuk saya?
Apa polisi paling sesuai untuk saya?


Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.

Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.


Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda.

Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000.

Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi.

Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.  Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.

Sumber:
Astro Awani

Wednesday, 8 August 2018

KEPENTINGAN TAKAFUL UNTUK KANAK-KANAK


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat pembaca sekalian.

Anak anak adalah amanah daripada tuhan untuk kita jaga dan didik sebaiknya. Dalam pada kita bersungguh sungguh menjaga mereka, akan ada perkara-perkara yang tidak dapat kita elakkan. Pepatah melayu juga pernah berkata, "Malang Tidak Berbau" kerana kita tidak tahu bila, bagaimana, kenapa dan di mana ia akan terjadi.

WABAK PENYAKIT


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak disebabkan wabak HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut. Pernahkan anda terfikir penyakit jangkitan ringan sebegini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan awal? Apakah persediaan anda untuk menghadapi situasi sebegini untuk mereka? Admit wad atau jaga sendiri?

Admit Wad 
1.  Tak perlu keluar duit poket sendiri untuk bayar kos rawatan

2. Boleh claim elaun harian hospital

3. Anak-anak yang lain tak terdedah dengan penyakit berjangkit ini

4. Boleh jimat cuti rehat sebab boleh dapat cuti kuarantin

5. Boleh jaga anak dengan selesa

6. Ada pantauan ubat dari doktor dan nurse.

7. Dapat makan sedap-sedap


Jaga Sendiri di Rumah
1. Takut anak-anak lain mudah dijangkiti

2. Kalau tiba-tiba ada komplikasi makan masa nak kejar ke hospital

3. Kene masak atau beli makanan untuk anak-anak

4. Kalau lambat baik kene ambil cuti rehat

5. Tak dapat apa-apa elaun pun.


Anak-anak kita mudah terkena penyakit yang tak dijangka kerana antibodi mereka masih lemah. Demam panas, chicken pox, beguk, dan tak mustahil juga sakit seperti batu karang, jantung berlubang, paru-paru berair dan macam-macam lagi. Jadi tak rugi kita menyimpan dari sekarang untuk anugerah yang tak ternilai ini.


KEMALANGAN

Di Rumah/Pusat Jagaan/Sekolah

Kita semua tahu peringkat umur anak-anak ini hanyalah memikirkan keseronokan dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi tidak hairanlah jika mereka aktif dari bangun tidur sehinggalah mereka tidur semula. Tanpa kita sedari anak-anak ini bermain sehingga membahayakan diri sendiri. Banyak sudah kita dengar berlakunya kecelakaan di rumah seperti kepala terkena bucu meja,  jari tersepit pintu, terseliuh tangan dan kaki. Nauzubillahhiminzalik. Kita tak minta tapi jika berlaku? Mesti ada dilema dalam diri ibu bapa tentang kos rawatan dan juga keselamatan anak. Dengan adanya simpanan di takaful, semua ini tidak lagi menjadi masalah.

Di Jalan Raya/Udara/Laut
Setiap jenis kenderaan bermotor ada perlindungan insurans/takaful namun pemandu atau penumpang belum tentu ada perlindungan sekiranya terjadi kemalangan. Sekiranya hanya kita sahaja yang ada takaful, sudah tentu kita hendak menggunakannya betul? Bagaimana pula dengan anak-anak? Sanggupkah melihat mereka dirawat berasingan dengan kita? Sudah tentu selesa untuk kita berehat jika mereka dirawat sepertimana kita dirawat.

Seandainya ditakdirkan kita dijemput Ilahi ketika kemalangan tersebut, bagaimana dengan nasib anak-anak kita. Siapa yang akan menyara mereka jika tiada duit? Dimana mereka akan tinggal jika segala simpanan habis melangsaikan hutang? Fikir-fikirkanlah. 


KEMATIAN


Ramai yang berkata, nyawa tak boleh diganti dengan wang. Ia benar. TETAPI tidak salah jika kita mendapat pampasan daripada tidak mendapat apa-apa. 


#Adakah duit itu perlu dibahagikan secara faraid kepada ayah dan adik-adik simati?

-Wang Insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam   harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya)   atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan  sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut     bahagian perwarisan. 

#Bolehkah siibu menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan harian dan apa hukumnya?

- Jika wang insuran yang diberikan adalah bersama simpanan si mati di mana hari ini ada syarikat-syarikat Insurans yang menawarkan pakej insuran dan simpanan, maka bahagian simpanan adalah    dikira harta pusaka dan mesti diagihkan kepada ahli-ahli waris mengikut bahagian masing-masing yang ditentukan Syarak. Adapun bahagian insuran, ia diberikan/diagihkan sebagaimana di atas.

#Bolehkah siibu memberi wang tersebut kepada anak-anaknya (adik-adik simati) dan apakah hukumnya.

- Orang yang berhak mendapat wang dari insuran itu, harus ia membelanjanya mengikut kehendaknya (sama ada menggunanya untuk diri sendiri, memberinya kepada orang lain atau sebagainya) asalkan bentuk perbelanjaan tidak ditegah Syarak. 

*Rujukan;

1. at-Ta’min ‘Alal-Hayah, Dr. Muhammad Sulaiman al-Asyqar (Buhuth Fiqhiyyah Fi Qadhaya Iqtishadiyah Mu’asharah, hlm. 11-27).
2. Fatwa-fatwa tentang Insuran dalam islamweb.com, islamqa.com dan e-fatwa.gov.my.




Saya melihat ramai orang lebih mementingkan pakaian - baju, handbag, kasut, jam tangan, wallet, tudung yang BRANDED, kereta MEWAH, makan angin... Tapi masa depan anak-anak diabaikan. Mungkin ada yang mendapat keistimewaan kerana berkerja disektor awam. Mereka mendapat perkhidmatan percuma untuk diri sendiri dan anak-anak dari hospital kerajaan. Atau mereka katakan, "tak pe.. anak saya jarang sakit..." ermmmm... kalau saya tahu bila, bagaimana, di mana, penyakit apa yang bakal anak saya kena pun saya tanak SPEND sejumlah itu untuk mereka. Masalahnya apa yang tertulis untuk kita, hari ini dan esok dan akan datang... Sesiapa pun TAK TAHU. Betul tak?


RENUNGKANLAH BERSAMA....

















Tuesday, 24 July 2018

Kakitangan Awam Perlu Waspada!

Beberapa kali saya mengendalikan program kepada kakitangan kerajaan, saya perasan satu perkara:
1) Skim-skim pelaburan akan sasarkan kakitangan kerajaan untuk menyertai mereka.
2) Ejen-ejen Unit Amanah, Takaful dan Insurans akan mensasarkan mereka untuk menjadi pelanggan mereka.
3) Ejen-ejen MLM akan mensasarkan mereka untuk menjadi downline mereka.
4) Ejen-ejen kad kredit juga mensasarkan mereka untuk melanggan kad kredit mereka.
5) Skim-skim pinjaman bank memudahkan pinjaman bagi kakitangan kerajaan.
6) dan banyak lagi skim yang memang dikhususkan kepada kekitangan kerajaan.
Apa yang dapat saya simpulkan, perkara ini terjadi kerana:
a) Kakitangan kerajaan mudah untuk memohon pinjaman / pembiayaan peribadi sehingga RM200,000, terutama dari Bank Rakyat.
b) Jadi dengan kemudahan tersebut, maka berlumba-lumba skim-skim pelaburan / MLM mendatangi mereka untuk menyertai mereka. Caranya ialah mereka membuat pembiayaan / pinjaman peribadi dan menggunakan duit itu untuk melabur.
c) Slip gaji kakitangan kerajaan sangat laku di bank, jadi mudah untuk memohon pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman itu ini dll.
d) Kakitangan kerajaan mempunyai kemudahan potongan ANGKASA dan ia menarik dan memudahkan ejen-ejen takaful / insurans untuk mempengaruhi mereka.
e) Bagi kakitangan kerajan yang agak lama pula, mereka akan dipromosi oleh ejen unit amanah untuk mengeluarkan wang KWSP mereka untuk melabur di dalam saham amanah.
Hasilnya….
“1,200 penjawat awam pinjam along”
“1086 penjawat awam muflis”
“Muflis kerana hutang kereta: Ramai penjawat awam terjerat skim tanpa deposit”
“200,000 pesara kerajaan berdepan tekanan hidup”
“Pinjam koperasi along: Sendiket guna orang tengah pujuk kakitangan kerajaan buat pinjaman untuk labur dalam skim MLM”.



Oleh itu, rancang kewangan anda sebaiknya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi hutang-piutang yang bakal membebani hidup anda sehingga ke hari tua. Sebaiknya  pilihlah pelaburan yang selamat dan membolehkan anda menikmati hari tua dengan tenang dan tidak menyusahkan sesiapa. 

Thursday, 19 April 2018

KERATAN AKHBAR

As salam jumaat yang berkah saya nak berkongsi sikit tetiba terlihat akhbar yang menyentuh hati . Sayang nya sekiranya kita ada medical kad keluarga, kita dapat guna guna manfaat minimum Had tahunan 100k. Saya percaya bebanan kos rawatan dapat di ringankan .
Tapi sekiranya kita apply yang maximum 1.5milion had tahunan i rasa tiada masalah isu bebanan keluarga insyAllah .


Malang tidak berbau
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada berguna

Yang belum ada meh pm sy kita apply , yang mna tengah fikir lagi mai kita jumpa kita apply kan
#0132588500


Wednesday, 28 March 2018

CARA MENYIMPAN

JADI BAGAIMANA?


1.Anda boleh bayar tahunan, setengah tahunan atau suku tahunan.

2. Anda perlu bayar 'deposit cash' 3 bulan terlebih dahulu (kalau 'application approved', tak payah bayar selama 3 bulan) dan bayaran seterusnya adalah menggunakan 'autodebit'/ 'credit card' (ada kemungkinan juga pihak bank lambat 'approve' 'autodebit'/ 'credit card payment' jadi anda kena bayar secara 'manual' dahulu)






Peraturan Baru Pembayaran Autodebit ATM Card untuk Medical Card AIA 2016

Bermula 1 Januari 2016, Bank Negara (BNM) telah memperkenalkan syarat baru untuk penggunaan 'autodebit' melalui kad ATM termasuk kepada pembayaran insurans/ takaful 'Medical Card AIA'. di mana, semua permohonan baru dan ingin memilih kaedah pembayaran menggunakan autodebit melalui kad ATM atau akaun simpanan, anda perlu menelefon pihak bank masing-masing untuk memaklumkan hal tersebut, sebelum pihak bank mengaktifkan pemotongan 'autodebit; tersebut. 'By default' jika anda tidak telefon, adalah 'auto reject'. Jadi, pastikan anda menelefon bank anda untuk pemakluman. Pengaktifan ini adalah sekali sahaja (One Time Only).



Berikut adalah no telefon bank untuk tujuan pengaktifan autodebit medical card AIA:

Maybank - 0378443696
Cimb - 0322956100
RHB - 0392068228
BSN - 0326131900
PBB - 0321766000

Semoga urusan pembayaran polisi insurans medical card AIA anda berjalan lancar. Masalah pembayaran bulanan polisi boleh menyebabkan 'lapse' dan rawatan menggunakan 'medical card' akan terganggu.

Jika anda ada sebarang masalah pembayaran menggunakan 'debit card' anda, sila hubungi saya.

-Anda juga boleh beritahu saya jika ingin mengurang/ menambah spesifikasi yang anda mahu atau 'adjust' harga yang anda mahu.
-Anda boleh menarik diri (Cooling Period) setelah dalam masa 14 hari. Wang akan dipulangkan.
-Pihak Insurans/ takaful boleh menarik diri (Cooling Period dalam masa 4 bulan. Dinasihatkan dalam masa 4 bulan anda tidak membuat tuntutan/ masuk wad atas penyakit kritikal DAN tonsil. Sila berhubung dengan saya dulu sebelum ke hospital/ guna 'Medical Card'.

Menarik Disini:

SENARAI HOSPITAL PANEL TAKAFUL AIA DAN BRANCH AIA NEGERI

HOSPITAL PANEL AIA PUBLIC TAKAFUL Aplikasi AIA Locator di App Store dan Google Play 1.PANEL HOSPITAL SELURUH MALAYSIA .  Se...