Monday 27 August 2018

KENAPA TAKAFUL TAK COVER?



NAK TAU KENAPA???


BACA SEBAB -SEBAB BERIKUT:

Pengecualian

Medikal kad Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1.  PENYAKIT SEDIA ADA jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  PENYAKIT SPESIFIK yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120)HARI yang pertama bagi perlindungan berterusan.

a.  Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.  Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan           sistem biliari 
c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.  Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosel
e.  Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan 
f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3.  Apa-apa keadaan PERUBATAN/FIZIKAL  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30)HARI YG PERTAMA dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4.  PEMBEDAHAN plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5.  Penyakit PERGIGIAN termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6.  PENJAGAAN PERIBADI (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  KEABNORMAL atau KECACATAN KONGENITAL  termasuk PENYAKIT KETURUNAN.

8.  KEHAMILAN (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital atas tujuan PEMERIKSAAN terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa RAWATAN PENCEGAHAN, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. BUNUH DIRI ,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. PEPERANGAN atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. RADIASI pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk DERMA ORGAN tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, TERAPI penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang DILINDUNGI DI BAWAH KONTRAK TAKAFUL PAMPASAN PEKERJA.

16. PSIKOTIK ,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat BUKAN PERUBATAN, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis SUKAN PERLUMBAAN (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. PENERBANGAN PERIBADI selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk TUKAR JANTINA.

21. Sebarang GIGITAN SERANGGA termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. CAJ-CAJ YANG TIDAK BERPATUTAN  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

sebarang pertanyaan boleh whats app saya :0132070170

tq... :)

Wednesday 15 August 2018

FAKTOR-FAKTOR MEMILIH SESUATU JENIS POLISI


Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan?

Insurans nyawa khasnya adalah untuk melindungi anda seumur hidup, maka ia adalah mustahak untuk anda membuat penyelidikan dan mempertimbangkannya dari semua aspek sebelum membuat keputusan untuk membeli insurans tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang seharusnya dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans yang terbaik di Malaysia dan juga bersesuaian dengan keperluan anda:

#Matlamat kewangan

Anda harus mengenal pasti matlamat kewangan anda sebelum memilih polisi insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda. 

Insurans nyawa bukan sahaja untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan selepas anda meninggal dunia, ia juga boleh membantu anda mencapai matlamat-matlamat lain.

Anda mungkin mengharapkan pembayaran manfaat kematangan untuk pesaran anda, untuk pembiayaan pendidikan luar negara bagi anak anda, ataupun salah satu cara untuk anda meringankan bebanan cukai seiring dengan peningkatan tanggungjawab keluarga anda.

Apa jua matlamat anda, ia mempunyai pengaruh besar dalam menentukan polisi insurans nyawa yang paling sesuai untuk anda.

#Kos premium

Walaupun insurans nyawa dibeli untuk membantu anda merealisasikan matlamat kewangan dan melindungi keluarga anda, harga premium seharusnya berpatutan dengan kemampuan anda.  Membayar premium yang terlalu mahal boleh menyebabkan pembayaran polisi anda tertunda dan akhirnya mengakibatkan krisis kewangan.

Menurut perancang kewangan, premium insurans anda harus merangkumi 6% sahaja dari jumlah pendapatan anda. Contohnya, jika pendapatan anda adalah RM5,000, maka premium insurans bulanan sepatutnya tidak melebihi RM300.

Sepertimana apabila anda membeli apa jua, anda mesti membuat semakan terdahulu apabila membeli polisi insurans nyawa supaya dapat memilih polisi yang terbaik dan berpatutan.

#Nilai polisi

Sebenarnya, proses menentukan jumlah insurans nyawa yang anda perlukan tidak perlu rumit.

Anda boleh berbincang dengan wakil ejen insurans anda berdasarkan tiga langkah yang berikut untuk menentukan jumlah polisi insurans yang perlukan hari ini untuk melindungi keluarga anda.

Andaikan anda seorang profesional berumur 30 tahun yang telah berumahtangga dengan seorang anak, berikut adalah anggaran jumlah nilai insurans nyawa yang anda perlukan:


Keperluan insurans nyawa anda
Keperluan insurans nyawa anda

Untuk penerangan lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 0132070170. Saya sedia membantu anda.

Thursday 9 August 2018

MEMILIH POLISI INSURANS YANG SESUAI


Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.


     Apa polisi paling sesuai untuk saya?
Apa polisi paling sesuai untuk saya?


Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.

Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.


Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda.

Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000.

Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi.

Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.  Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.

Sumber:
Astro Awani

Wednesday 8 August 2018

KEPENTINGAN TAKAFUL UNTUK KANAK-KANAK


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat pembaca sekalian.

Anak anak adalah amanah daripada tuhan untuk kita jaga dan didik sebaiknya. Dalam pada kita bersungguh sungguh menjaga mereka, akan ada perkara-perkara yang tidak dapat kita elakkan. Pepatah melayu juga pernah berkata, "Malang Tidak Berbau" kerana kita tidak tahu bila, bagaimana, kenapa dan di mana ia akan terjadi.

WABAK PENYAKIT


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak disebabkan wabak HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut. Pernahkan anda terfikir penyakit jangkitan ringan sebegini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan awal? Apakah persediaan anda untuk menghadapi situasi sebegini untuk mereka? Admit wad atau jaga sendiri?

Admit Wad 
1.  Tak perlu keluar duit poket sendiri untuk bayar kos rawatan

2. Boleh claim elaun harian hospital

3. Anak-anak yang lain tak terdedah dengan penyakit berjangkit ini

4. Boleh jimat cuti rehat sebab boleh dapat cuti kuarantin

5. Boleh jaga anak dengan selesa

6. Ada pantauan ubat dari doktor dan nurse.

7. Dapat makan sedap-sedap


Jaga Sendiri di Rumah
1. Takut anak-anak lain mudah dijangkiti

2. Kalau tiba-tiba ada komplikasi makan masa nak kejar ke hospital

3. Kene masak atau beli makanan untuk anak-anak

4. Kalau lambat baik kene ambil cuti rehat

5. Tak dapat apa-apa elaun pun.


Anak-anak kita mudah terkena penyakit yang tak dijangka kerana antibodi mereka masih lemah. Demam panas, chicken pox, beguk, dan tak mustahil juga sakit seperti batu karang, jantung berlubang, paru-paru berair dan macam-macam lagi. Jadi tak rugi kita menyimpan dari sekarang untuk anugerah yang tak ternilai ini.


KEMALANGAN

Di Rumah/Pusat Jagaan/Sekolah

Kita semua tahu peringkat umur anak-anak ini hanyalah memikirkan keseronokan dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi tidak hairanlah jika mereka aktif dari bangun tidur sehinggalah mereka tidur semula. Tanpa kita sedari anak-anak ini bermain sehingga membahayakan diri sendiri. Banyak sudah kita dengar berlakunya kecelakaan di rumah seperti kepala terkena bucu meja,  jari tersepit pintu, terseliuh tangan dan kaki. Nauzubillahhiminzalik. Kita tak minta tapi jika berlaku? Mesti ada dilema dalam diri ibu bapa tentang kos rawatan dan juga keselamatan anak. Dengan adanya simpanan di takaful, semua ini tidak lagi menjadi masalah.

Di Jalan Raya/Udara/Laut
Setiap jenis kenderaan bermotor ada perlindungan insurans/takaful namun pemandu atau penumpang belum tentu ada perlindungan sekiranya terjadi kemalangan. Sekiranya hanya kita sahaja yang ada takaful, sudah tentu kita hendak menggunakannya betul? Bagaimana pula dengan anak-anak? Sanggupkah melihat mereka dirawat berasingan dengan kita? Sudah tentu selesa untuk kita berehat jika mereka dirawat sepertimana kita dirawat.

Seandainya ditakdirkan kita dijemput Ilahi ketika kemalangan tersebut, bagaimana dengan nasib anak-anak kita. Siapa yang akan menyara mereka jika tiada duit? Dimana mereka akan tinggal jika segala simpanan habis melangsaikan hutang? Fikir-fikirkanlah. 


KEMATIAN


Ramai yang berkata, nyawa tak boleh diganti dengan wang. Ia benar. TETAPI tidak salah jika kita mendapat pampasan daripada tidak mendapat apa-apa. 


#Adakah duit itu perlu dibahagikan secara faraid kepada ayah dan adik-adik simati?

-Wang Insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam   harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya)   atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan  sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut     bahagian perwarisan. 

#Bolehkah siibu menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan harian dan apa hukumnya?

- Jika wang insuran yang diberikan adalah bersama simpanan si mati di mana hari ini ada syarikat-syarikat Insurans yang menawarkan pakej insuran dan simpanan, maka bahagian simpanan adalah    dikira harta pusaka dan mesti diagihkan kepada ahli-ahli waris mengikut bahagian masing-masing yang ditentukan Syarak. Adapun bahagian insuran, ia diberikan/diagihkan sebagaimana di atas.

#Bolehkah siibu memberi wang tersebut kepada anak-anaknya (adik-adik simati) dan apakah hukumnya.

- Orang yang berhak mendapat wang dari insuran itu, harus ia membelanjanya mengikut kehendaknya (sama ada menggunanya untuk diri sendiri, memberinya kepada orang lain atau sebagainya) asalkan bentuk perbelanjaan tidak ditegah Syarak. 

*Rujukan;

1. at-Ta’min ‘Alal-Hayah, Dr. Muhammad Sulaiman al-Asyqar (Buhuth Fiqhiyyah Fi Qadhaya Iqtishadiyah Mu’asharah, hlm. 11-27).
2. Fatwa-fatwa tentang Insuran dalam islamweb.com, islamqa.com dan e-fatwa.gov.my.




Saya melihat ramai orang lebih mementingkan pakaian - baju, handbag, kasut, jam tangan, wallet, tudung yang BRANDED, kereta MEWAH, makan angin... Tapi masa depan anak-anak diabaikan. Mungkin ada yang mendapat keistimewaan kerana berkerja disektor awam. Mereka mendapat perkhidmatan percuma untuk diri sendiri dan anak-anak dari hospital kerajaan. Atau mereka katakan, "tak pe.. anak saya jarang sakit..." ermmmm... kalau saya tahu bila, bagaimana, di mana, penyakit apa yang bakal anak saya kena pun saya tanak SPEND sejumlah itu untuk mereka. Masalahnya apa yang tertulis untuk kita, hari ini dan esok dan akan datang... Sesiapa pun TAK TAHU. Betul tak?


RENUNGKANLAH BERSAMA....

















Menarik Disini:

SENARAI HOSPITAL PANEL TAKAFUL AIA DAN BRANCH AIA NEGERI

HOSPITAL PANEL AIA PUBLIC TAKAFUL Aplikasi AIA Locator di App Store dan Google Play 1.PANEL HOSPITAL SELURUH MALAYSIA .  Se...