Thursday 9 August 2018

MEMILIH POLISI INSURANS YANG SESUAI


Memilih insurans nyawa yang sesuai bergantung kepada keperluan kewangan anda dan keluarga anda untuk masa kini dan masa depan.


     Apa polisi paling sesuai untuk saya?
Apa polisi paling sesuai untuk saya?


Insurans nyawa adalah perlindungan yang penting untuk kebanyakan orang.

Seperti mana dijelaskan, insurans nyawa adalah paling sesuai untuk individu yang mempunyai tanggungan dari segi kewangan, dan semakin banyak tanggungan anda, semakin tinggi nilai polisi atau jumlah insurans anda.


Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan insurans nyawa, ianya penting bukan mendapatkan insurans nyawa yang secukupnya supaya keluarga anda tidak terabai dari segi kewangan jika sesuatu berlaku dengan anda.

Kadar purata perbelanjaan untuk setiap tanggungan adalah antara RM100,000 hingga RM150,000.

Ini hanya jumlah perbelanjaan purata bagi seseorang individu untuk terus hidup untuk lima tahun sekiranya sesuatu berlaku kepada pencari nafkah utama di sesebuah keluarga.

Anda harus menentukan jumlah polisi dan jenis polisi insurans nyawa yang diperlukan supaya tidak terikat dengan perlindungan yang tidak mencukupi atau perlindungan mahal yang tidak diperlukan.

Sewaktu membuat pilihan polisi, anda harus mempertimbangkan polisi yang paling sesuai dengan peringkat hidup anda dan memahami liputan setiap satu polisi.

Salah satu kesilapan umum oleh ramai orang adalah mereka gagal membuat semakan ke atas polisi mereka dari masa ke semasa.  Keperluan kita sentiasa berubah dan perlindungan insurans nyawa anda perlu mencerminkannya.

Sebagai contoh, keluarga yang baru menerima cahaya mata akan mempertingkatkan keperluan bulanan terhadap pendapatan serta keperluan untuk jangka masa panjang seperti pelan pendidikan anak.  Setiap individu dewasa semestinya menyemak polisi insurans nyawa mereka setiap beberapa tahun sekali untuk mengenalpasti ianya mendapat perlindungan yang secukupnya.

Tiada jumlah wang yang boleh mengantikan nyawa seseorang. Namun, polisi insurans nyawa boleh memberi perlindungan untuk berdepan dengan ketidaktentuan hidup.

Sumber:
Astro Awani

Menarik Disini:

SENARAI HOSPITAL PANEL TAKAFUL AIA DAN BRANCH AIA NEGERI

HOSPITAL PANEL AIA PUBLIC TAKAFUL Aplikasi AIA Locator di App Store dan Google Play 1.PANEL HOSPITAL SELURUH MALAYSIA .  Se...