Tuesday 12 December 2017

APA BEZA HIBAH, WASIAT & FARAID????

Assalamualaikum....

Ramai yang agak keliru antara Hibah,Wasiat dan Faraid, dan menganggap instrumen pembahagian Harta (Wasiat & Hibah) adalah benda yang sama. Kali ini saya menulis untuk menerangkan konsep Hibah, Wasiat dan Faraid serta kepentingannya.








         
  1) Hibah

Hibah bermaksud pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembagiannya dilakukan pada waktu penghibah masih hidup juga.

Syarat Hibah:

          • Ijab, pernyataan pemberian oleh pemberi.
  • Qabul, pernyataan penerimaan oleh si penerima.
  • Qabdhah, proses penyerahan barang.
                


Dalil :

1. The legitimacy of hibah is derived from the Quran and founded on Sunnah of the Prophet Muhammad (peace be upon him), and consensus of the muslim jurists (ijma`). The Quran 

2. The following verse of the Quran implies the general permissibility of the hibah: ا ً َّمِريئ ا ً يئ ِ ن َ ه ُ َ ُكلُوه ا ف ً نس َف ن ُ نه ِّمن ٍ ء ن َن َشي ع ن ن َْب لَ ُكم ِن طِ إ َ ف . “...but if they choose of their own accord to make over to you a part of it, then you may enjoy it with pleasure and good cheer.” 6 Sunnah of the Prophet Muhammad (peace be upon him) 

3. The following hadith implies the permissibility of hibah: عن أيب هريرة عن النيب صلى اهلل عليه و سلم قال : هتادوا حتابوا. Abu Hurairah narrated that Allah’s Messenger (peace be upon him) said: “Exchange gifts (among yourselves); you will love one another.” 7 Consensus of the muslim jurists (ijma’) 

4. Muslim jurists have reached ijma` on the permissibility of hibah. 

Kesimpulan :

Hbah adalah Hadiah dari si mati ketika hidupnya kepada waris yang dikehendakinya walaupun tiada hubungan keluarga dan tidak terikat dengan pembahagian sistem Faraid. Salah satu contoh Hibah adalah Pampasan Insuran / Takaful.

Rujukan : Bank Negara Malaysia, Wikipedia


2) Wasiat

Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia

Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati

Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada 1/3 sahaja jika Di wasiatkan kepada badan amal. Manakala 2/3 nya lagi hendaklah dibahagikan mengikut sistem Faraid.

Kesimpulan :

Wasiat adalah pemberian harta Si Mati kepada pewarisnya (ahli keluarga sahaja) atau badan kebajikan (maksimum 1/3 sahaja) tetapi pembahagian ini boleh diselesaikan selepas perkara berikut :

1.   Perbelanjaan Pengurusan Jenazah

2.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama

3.   Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia

4.   Pembahagian Harta Sepencarian

5.   Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti 
     badan amal makisma 1/3 dari harta anda)

6.   Pembahagian Kepada Waris

Kelebihan membuat Wasiat :
1.    Memudahkan urusan pengagihan harta kepada waris yang berhak

2.    Mengarahkan wasi/pentadbir mengagihkan harta dan hak-hak anda 
       menurut kemahuan anda

3.    Mempercepatkan proses pengagihan harta anda kepada 3-6 bulan 
       berbanding antara 2-10 tahun tanpa wasiat (Faraid)

4.    Membolehka wasi/pentadbir menyelesaikan hutang anda.

5.    Mengelakan atau mengurangkan kemungkinan pertelengkahan antara 
       waris

6.    Meringankan beban waris anda selepas kematian anda

7.    Mengelakkan harta anda dibekukan dalam tempoh masa yang lama



3) Faraid



Menurut istilah syara', faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam.



Harta yang akan dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Sama seperti pembahagian Hibah tadi. Cara pembahagian Harta adalah mengikut Dalil dibawah.



Dalil :
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah An-Nisaa’ : ayat 11) 

Berikut adalah pengiraan pembahagian harta pusaka dalam bentuk Kalkulator bagi memudahkan Ilustrasi pembahagian http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbm.nsf/pengenalan

Illustrasi Pembahagian Mengikut Faraid :





Kesimpulan :



Faraid adalah pembahagian Harta kepada waris yang berhak mengikut Syariah jika Si Mati tidak membuat Wasiat. Kebiasaannya pembahagian harta boleh dibuat melalui Mahkamah Syariah, Amanah Raya atau Pejabat Tanah Daerah. Proses tuntutan kebiasaannya melebihi setahun jika semua penerima setuju malah lebih lagi jika ada pihak tidak berpuas hati.


Rujukan :

1) Bank Negara Malaysia
2) Wikipedia
3) http://www.buatwasiat.com/panduan-wasiat.html



Kesimpulan penuh :





Setiap antara kita Wajib mati cuma kita tak tahu bila ajal akan tiba, bagi yang mempunyai Tanggungan seperti Suami khususnya wajib ada satu instrumen seperti Hibah (Takaful Hayat) untuk bantuan kewangan segera (pampasan diberi dalam tempoh 14hari selepas Claim lulus) kepada keluarga yang ditinggalkan (Isteri dan anak2) yang mana diperlukan untuk meneruskan kelansungan hidup seharian seperti membayar Rumah, Kereta, Bill, Sekolah anak dan lain2 sementara isu Pembahagian Harta lain seperti Wasiat atau Faraid selesai

Manakala Proses tuntutan Insuran rumah, kereta dan lain2 melebihi 6 bulan dan dalam proses tuntutan itu waris tetap perlu membayar bulanan seperti biasa, jika tidak berkemungkinan Kereta atau Rumah disita buat sementara waktu.


Saya mempunyai penyelesaian untuk masalah di atas. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hibah dan kepentingannya dengan AIA Takaful Berhad, sila hubungi saya di talian 013-2070170

Menarik Disini:

SENARAI HOSPITAL PANEL TAKAFUL AIA DAN BRANCH AIA NEGERI

HOSPITAL PANEL AIA PUBLIC TAKAFUL Aplikasi AIA Locator di App Store dan Google Play 1.PANEL HOSPITAL SELURUH MALAYSIA .  Se...