Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat pembaca sekalian.
Anak anak adalah amanah daripada tuhan untuk kita jaga dan didik sebaiknya. Dalam pada kita bersungguh sungguh menjaga mereka, akan ada perkara-perkara yang tidak dapat kita elakkan. Pepatah melayu juga pernah berkata, "Malang Tidak Berbau" kerana kita tidak tahu bila, bagaimana, kenapa dan di mana ia akan terjadi.
WABAK PENYAKIT
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak disebabkan wabak HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut. Pernahkan anda terfikir penyakit jangkitan ringan sebegini boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan awal? Apakah persediaan anda untuk menghadapi situasi sebegini untuk mereka? Admit wad atau jaga sendiri?
1. Tak perlu keluar duit poket sendiri untuk bayar kos rawatan
2. Boleh claim elaun harian hospital
3. Anak-anak yang lain tak terdedah dengan penyakit berjangkit ini
4. Boleh jimat cuti rehat sebab boleh dapat cuti kuarantin
5. Boleh jaga anak dengan selesa
6. Ada pantauan ubat dari doktor dan nurse.
7. Dapat makan sedap-sedap
Jaga Sendiri di Rumah
1. Takut anak-anak lain mudah dijangkiti
2. Kalau tiba-tiba ada komplikasi makan masa nak kejar ke hospital
3. Kene masak atau beli makanan untuk anak-anak
4. Kalau lambat baik kene ambil cuti rehat
5. Tak dapat apa-apa elaun pun.
Anak-anak kita mudah terkena penyakit yang tak dijangka kerana antibodi mereka masih lemah. Demam panas, chicken pox, beguk, dan tak mustahil juga sakit seperti batu karang, jantung berlubang, paru-paru berair dan macam-macam lagi. Jadi tak rugi kita menyimpan dari sekarang untuk anugerah yang tak ternilai ini.
Di Rumah/Pusat Jagaan/Sekolah
Kita semua tahu peringkat umur anak-anak ini hanyalah memikirkan keseronokan dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi tidak hairanlah jika mereka aktif dari bangun tidur sehinggalah mereka tidur semula. Tanpa kita sedari anak-anak ini bermain sehingga membahayakan diri sendiri. Banyak sudah kita dengar berlakunya kecelakaan di rumah seperti kepala terkena bucu meja, jari tersepit pintu, terseliuh tangan dan kaki. Nauzubillahhiminzalik. Kita tak minta tapi jika berlaku? Mesti ada dilema dalam diri ibu bapa tentang kos rawatan dan juga keselamatan anak. Dengan adanya simpanan di takaful, semua ini tidak lagi menjadi masalah.
Di Jalan Raya/Udara/Laut
Setiap jenis kenderaan bermotor ada perlindungan insurans/takaful namun pemandu atau penumpang belum tentu ada perlindungan sekiranya terjadi kemalangan. Sekiranya hanya kita sahaja yang ada takaful, sudah tentu kita hendak menggunakannya betul? Bagaimana pula dengan anak-anak? Sanggupkah melihat mereka dirawat berasingan dengan kita? Sudah tentu selesa untuk kita berehat jika mereka dirawat sepertimana kita dirawat.
Seandainya ditakdirkan kita dijemput Ilahi ketika kemalangan tersebut, bagaimana dengan nasib anak-anak kita. Siapa yang akan menyara mereka jika tiada duit? Dimana mereka akan tinggal jika segala simpanan habis melangsaikan hutang? Fikir-fikirkanlah.
KEMATIAN
Ramai yang berkata, nyawa tak boleh diganti dengan wang. Ia benar. TETAPI tidak salah jika kita mendapat pampasan daripada tidak mendapat apa-apa.
#Adakah duit itu perlu dibahagikan secara faraid kepada ayah dan adik-adik simati?
-Wang Insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya) atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut bahagian perwarisan.
- Jika wang insuran yang diberikan adalah bersama simpanan si mati di mana hari ini ada syarikat-syarikat Insurans yang menawarkan pakej insuran dan simpanan, maka bahagian simpanan adalah dikira harta pusaka dan mesti diagihkan kepada ahli-ahli waris mengikut bahagian masing-masing yang ditentukan Syarak. Adapun bahagian insuran, ia diberikan/diagihkan sebagaimana di atas.
#Bolehkah siibu memberi wang tersebut kepada anak-anaknya (adik-adik simati) dan apakah hukumnya.
*Rujukan;
1. at-Ta’min ‘Alal-Hayah, Dr. Muhammad Sulaiman al-Asyqar (Buhuth Fiqhiyyah Fi Qadhaya Iqtishadiyah Mu’asharah, hlm. 11-27).
2. Fatwa-fatwa tentang Insuran dalam islamweb.com, islamqa.com dan e-fatwa.gov.my.
RENUNGKANLAH BERSAMA....
No comments:
Post a Comment