Tuesday, 27 March 2018

Panduan Memilih Perlindungan Insurans Takaful Terbaik

“Kau rasa, apa pelan perlindungan insurans takaful terbaik yang aku perlu ambil untuk diri aku sendiri?”
“Nak ambil dengan syarikat Prudential ke? Zurich ke? Etiqa? AIA?”
Pernah seorang rakan bertanya kepada saya soalan di atas.
Anda pun mesti pernah bertanya soalan yang sama juga, bukan?
Kebanyakan orang memang tercari-cari produk atau pelan perlindungan insurans takaful terbaik untuk diri-sendiri.
Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan pelan perlindungan insurans takaful terbaik?
Apakah ciri-cirinya?
Sebenarnya, pelan perlindungan insurans takaful yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berbeza adalah hampir sama sahaja secara asasnya kerana kerangkanya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Mungkin akan ada sedikit perbezaan jika syarikat-syarikat penyedia menyediakan beberapa tawaran istimewa untuk membezakan produk mereka dengan pesaing lain, namun kerangka asasnya akan tetap sama.
Jadi, memang sukar untuk memilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.
Sebagai panduan, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans takaful untuk diri-sendiri, beberapa langkah yang berikut perlu dilakukan.
Sebelum itu, ingin saya tegaskan, panduan ini adalah daripada kaca mata saya sebagai orang awam sahaja.
Mungkin jika bertanya kepada ejen-ejen insurans takaful profesional, atau penasihat kewangan bertauliah, mereka akan memberikan cadangan dan panduan yang lebihdetails lagi.


Langkah #1 – Kenal pasti keperluan jumlah perlindungan 
Setiap orang mempunyai keperluan jumlah perlindungan yang berbeza.
Berapakah jumlah perlindungan yang sepatutnya?
Mengikut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM), jumlah perlindungan yang disarankan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda pendapatan tahunan.
Jika pendapatan tahunan adalah RM 50,000, maka jumlah perlindungan yang disarankan adalah RM 500,000
Jika RM 30,000 setahun, maka jumlah perlindungan haruslah RM 300,000
Dengan jumlah perlindungan 10 kali ganda pendapatan tahunan, maka nanti jumlah pampasan yang diterima jika terjadi musibah dapat menampung perbelanjaan untuk tempoh 10 tahun; satu tempoh yang panjang sebelum dapat ‘pulih’ daripada musibah yang menimpa.
Maka, jika ingin mendapatkan produk perlindungan insurans takaful terbaik, kenalah buat kira-kira dulu berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan.
Apabila dah tahu keperluan jumlah perlindungan diri-sendiri, senanglah apabila berbincang dengan ejen insurans takaful nanti.
Jangan sekadar biarkan ejen menentukan jumlah perlindungan yang perlu anda ambil, sebaliknya berbincanglah baik-baik agar keperluan diri dipenuhi.


Langkah #2 – Pilih manfaat atau risiko yang ingin dilindungi

Seperti yang saya tulis dalam artikel 4 Perkara Utama Perlu Dilindungi Insurans/Takaful, maka apabila mendapatkan perlindungan insurans takaful terbaik, pastikan sekurang-kurangnya kesemua manfaat asas dapat dilindungi.
Namun, apa yang perlu diketahui, mungkin tiada satu pelan pun yang boleh coverkesemua manfaat asas tersebut secara serentak dalam satu pelan.
Contohnya, untuk melindungi aset, perlu ambil pelan insurans takaful am.
Untuk manfaat kematian, kecacatan/kelumpuhan dan kesihatan pula, perlu ambil pelan insurans takaful hayat/keluarga.
Untuk manfaat kesihatan bagi membayar caj rawatan dan hospital pula, perlu ambil pelan kad perubatan.
Bukan merupakan satu masalah untuk mengambil pelan insurans takaful yang berbeza-beza, asalkan kesemua risiko/manfaat asas dilindungi.
Selepas dah kenal pasti manfaat-manfaat asas yang ingin dilindungi, bolehlah juga kenal pasti manfaat-manfaat tambahan lain seperti khairat kematian, badal haji, simpanan, pelaburan, spouse contributorwaive contributor dan pelbagai lagi manfaat(rider) tambahan lain.
Tetapi, pada masa yang sama, janganlah pula sampai berlebih-lebihan sehingga terlebih perlindungan (over-insured) dan melebihi kemampuan diri untuk membayar.
Contohnya, mengambil 2 atau lebih pelan untuk melindungi satu manfaat yang sama, walhal satu pelan sahaja sudah mencukupi.
Bincang baik-baik dengan ejen insurans takaful yang anda jumpa, dan tentukan manfaat-manfaat yang paling sesuai yang memenuhi kriteria perlindungan yang anda ingini.


Langkah #3 – Fahami ciri-ciri pelan 
yang ingin disertai 
Di Malaysia, ada banyak syarikat penyedia insurans takaful.
Dan setiap syarikat pula, menawarkan pelbagai pelan perlindungan insurans takaful.
Seperti yang ditulis pada awal artikel, walaupun kebanyakan pelan mempunyai asas atau kerangka yang sama, namun akan ada sedikit perbezaan atau keistimewaan yang ditawarkan oleh setiap syarikat bagi menonjolkan lagi pelan mereka.
Ada pelan yang disertakan sekali dengan simpanan dan pelaburan, ada yang tawarkan pelan manfaat asas sahaja tanpa simpanan.
Ada pelan yang menawarkan manfaat kad perubatan sekali dalam pelan asas, ada yang tawarkan secara stand-alone.
Ada pelan yang menawarkan pertambahan perlindungan mengikut tahun.
Ada pelan yang menawarkan kemudahan hibah untuk waris.
Macam-macam pelan, sampai boleh pening untuk pilih.
Tambah pula setiap pelan diberikan nama yang pelbagai; menambahkan lagi ‘pening’ pelanggan nak pilih.
Sebab itu kena dengar baik-baik penerangan daripada ejen insurans takaful supaya setiap ciri-ciri pelan yang dibentangkan dapat difahami.
Dah faham ciri-ciri pelan, mudah nak pilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.


Langkah #4 – Tentukan jumlah bayaran yang sanggup dikeluarkan



Pelan perlindungan insurans takaful yang terbaik seharusnya adalah pelan yang mampu dibayar.
Banyak faktor yang mempengaruhi harga sesuatu pelan perlindungan insurans takaful, antaranya umur, jumlah perlindungan, risiko/manfaat dilindungi, status merokok dan status kesihatan.
Untuk dapatkan jumlah perlindungan yang tinggi dan manfaat yang pelbagai, sudah semestinya bayaran juga akan tinggi.
Sebab itulah pada langkah #1 dan #2, kena kenal pasti dahulu jumlah perlindungan yang diperlukan dan tentukan manfaat/risiko yang ingin dilindungi, supaya nanti bayaran untuk pelan tersebut adalah memadai dengan bajet yang diperuntukkan.
Berapa bajet yang sesuai diperuntukkan untuk perlindungan insurans takaful?
Sebaik-baiknya, antara 10% ke 15% daripada pendapatan bulanan, maksimum pun mungkin sehingga 25%.
Yang penting, jangan sampai terbeban untuk membayar pelan yang diambil.
Sia-sia juga memilih pelan perlindungan yang sempurna, andai kata tak mampu nak bayar caruman dengan baik.
Sebabnya, jika tak bayar, manfaat yang dilindungi akan terbatal dengan sendirinya.



  Langkah #5 – Dapatkan bantuan 
               ejen insurans takaful
Usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans takaful terbaik sangat bergantung kepada bantuan ejen insurans takaful yang anda pilih.
Sebaik-baiknya, dapatkan bantuan daripada ejen yang lebih bertindak sebagai penasihat kewangan, bukan sebagai jurujual semata-mata.
Maksudnya, ejen tersebut mampu menasihati anda memilih manfaat perlindungan pada jumlah perlindungan yang diperlukan dan harga yang anda mampu milik, bukan sekadar ‘memaksa’ mengambil apa-apa pelan sebab beliau nak close sale.
Ejen tersebut juga perlulah mampu menjawab pertanyaan anda dan menyediakan khidmat-selepas-jualan (after sale service) yang baik.
Jangan pilih ejen yang hanya manis ketika nak mencarum, tapi hilang setelah itu.
Bagaimana nak pilih ejen insurans takaful terbaik, terpulang kepada keselesaan anda.
Mungkin anda selesa nak berurusan dengan ejen daripada saudara-mara atau rakan-rakan anda, mungkin juga anda lebih selesa berurusan dengan ejen yang anda tak kenal.
Mungkin anda lebih selesa dengan ejen senior yang dianggap lebih mahir berbanding ejen junior, atau mungkin anda yakin yang ejen junior akan memberikan perkhidmatan yang lebih bersungguh-sungguh berbanding ejen senior.
Mungkin anda lebih selesa dengan ejen yang approach kepada anda, berbanding anda sendiri yang approach ejen.
Mungkin juga anda menetapkan ejen yang dekat-dekat sahaja agar mudah berjumpa, atau anda tidak kisah pun untuk berurusan dengan ejen yang berada jauh di tempat lain.
Semuanya atas keselesaan anda.
Sekarang zaman teknologi, anda boleh cari mana-mana ejen insurans takaful di blog-blog dan media-media sosial.
Cuba hubungi mereka, beritahu semua maklumat yang anda dah kenal pasti (jumlah perlindungan, jenis manfaat, pelan dan kemampuan kewangan anda) dan tengok bagaimana mereka melayan dan memberi perkhidmatan kepada anda.
Nilaikan bagaimana mereka memberi penerangan atau cadangan berkenaan pelan terbaik untuk anda.
Apabila dah berpuas hati menilai 2, 3 atau lebih ejen, pilihlah yang terbaik.
Ingat, pilih yang mampu menjadi penasihat kewangan, bukan jurujual semata-mata.
Dengan bantuan ejen yang baik, mudah untuk kenal pasti pelan perlindungan insurans takaful terbaik yang memenuhi keperluan anda.
Pelan perlindungan insurans takaful terbaik
Akhir kata, pelan yang terbaik adalah pelan yang melindungi manfaat-manfaat/risiko-risiko yang diingini dalam jumlah perlindungan mengikut keperluan individu pada harga yang mampu dibayar.
Mendapat bantuan daripada ejen yang baik dan ikhlas berkhidmat adalah satu bonus.
Perlindungan insurans takaful adalah bersifat individualised; mengikut kepada keperluan, keinginan dan kemampuan setiap individu.
Jadi, kenalpasti apa keperluan, keinginan dan kemampuan diri sendiri, barulah akan dapat pelan perlindungan insurans takaful terbaik.

No comments:

Post a Comment

Menarik Disini:

SENARAI HOSPITAL PANEL TAKAFUL AIA DAN BRANCH AIA NEGERI

HOSPITAL PANEL AIA PUBLIC TAKAFUL Aplikasi AIA Locator di App Store dan Google Play 1.PANEL HOSPITAL SELURUH MALAYSIA .  Se...